Saturday 21 January 2012

Rhyme [2]

6 years later . . .

Hey, masih ingat aku? Anis Nariesha Sofiya.Sekarang tengah belajar untuk terbang di awan biru. Tengah menjalani kursus untuk jadi stewardess a.k.a FA! Papa cakap, aku terpengaruh dengan cerita Awan Dania dan sebab tu aku pilih nak jadi FA. Oh no no no! Aku memang meminati kerjaya ni, sebelum si Awan Dania tu muncul. Aku tinggi, cute, bahasa penjajah aku pun okay. Cehh, sudahlah.Aku tak suka puji diri sendiri.Cukuplah, aku dilahirkan cukup sifat.Alhamdulillah.

Tak lama lagi, aku akan tamat kursus dan akan terbang di awan biru! Selalu masuk simulator je. Boring doh.Tak syok tak nampak awan.Aku harap aku boleh pikat co-pilot or maybe pilot yang masih muda dan sebaya dengan aku. My bro cakap, susah nak cari pilot yang masih muda. Kalau dapat co-pilot pun cukup lah. Pilot kan handsome-handsome belaka. Gatal kau Anis! Golongan XY pun susah nak dekat dengan kau, sebab kau ni sungguh kurang peramah dengan mereka. Tapi, sangat pelik sebab dia diterima jadi FA.
Dalam dia menjalani hidup sebagai bakal FA dalam beberapa bulan lagi, dia diganggu kad-kad misteri dan bunga  lavender yang segar. Bunga lavender tu dah la mahal, beli sejambak.Bagi tiap-tiap hari.Tak ke membazir?Satu hal yang Anis runsingkan, apesal si pengirim tu tahu dia suka bunga lavender.Bukan banyak orang suka bunga lavender.

Kad hari ni tertulis,
Kalau awak suka saya, pergilah cari saya! -ANS-

Okay, orang ni sangat gila. Macam mana aku nak cari kau sedangkan aku tak tahu dari mana source bunga ni sampai? Tiba-tiba ada je dekat mana2.Macam tau je mana aku pergi. Yang dia dapat cam, ANS tu stand for nama dia Anis Nariesha Sofiya.

Esok hari pulak,
Look for me in your heart, its not that hard -ANS-

Eh?? Tau pulak dia aku tanya soalan apa semalam? Aku tak rasa aku ada bagi tau sesape pasal apa yang tertulis pada setiap kad dia. Dan aku tak rasa, aku ada kuatkan suara cakap ‘macam mana aku nak cari kau’. Aku cakap dalam hati je kan? Anis bermonolog sendiri.Sungguh la, no one in my heart.Kau sapa nak suruh aku gali hati aku, nak cari susur galur kau dalam hidup aku.Kau hanyalah pengirim tak bernama.

Dan hari seterusnya,
If you dig your heart, you will find me without hurt. -ANS-

Banyak la kau punya madah berhelah.Tapi, Anis mengukir senyuman.Syok jugak dapat bunga dengan card yang penuh kata-kata indah.Hari-hari hidup ceria dan diselubungi misteri.Tapi, kalau dalam cerita nusantara, pengacara tu cakap, ‘jangan biarkan diri anda diselubungi misteri’?Lantaklahh.Aku punya suka. Free free orang bagi bunga, takyah aku nak merantau pergi Turki nak dapatkan bunga lavender. HAHA.Beli dekat Malaysia, sejambak tu pun dah mahal.Mana tahan duit hari-hari keluar. Dah ada pengirim bunga yang setia memberi, bagus jugak! Save budget aku.Anis, anis.Kau suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.

**
Tiga bulan dah berlalu.Sekarang aku, dengan rasminya menjadi FA untuk syarikat penerbangan MAS. Tak nak masuk fire fly, air asia dan yang seangkatan dengannya. Pakaian seksi, papa tak suruh. Aku pun tak hingin nak dedah aurat sana sini.

“Anis, kau fly tak hari ni?” Aisyah Nadhirah si cantik rupawan dah mula bertanya.Nampak macam pendiam, tapi mulut boleh tahan kalau bercakap.

“Yelah cik kak, kalau aku tak fly takde maknanya aku bawak luggage nih.”

“Hehe.Ye tak ya jugak. Kau fly gi mana?”

“South Korean.”

“Jealousnyaaa!”

“Apesal?Kau bukan dah berkali-kali ke pergi sana?”

“Ye lah, tapi hari ni lain sikit. Kau tau tak pilot termuda yang ada dekat sini? Dia tu lah yang akan bawak flight ke south Korean!”

“Oh.” Anis jawab pendek. Dia tak heran sangat dengan pilot tu. Waktu bekerja kenalah act professional. Mana boleh tunjuk minat dekat pekerja lain. HAHA. Tapi, kalau pilot yang si Aisyah dok cakap ni, taknak la dia. Mesti dah berpunya. Sebab, ramai FA yang lama dah kerja sini sembang dengan dia cakap yang pilot termuda tu dah ada calon. Daripada aku nakkan si pilot termuda tu, baik aku dengan si pengirim bunga aku. Setia kasi bunga untuk aku.Tapi, seminggu dah dia tak beri.Rindu pulak rasanya.

Kad terakhir yang dia baca dari si pengirim,
When the time is right, u’ll find your Mr Right -ANS-

Ya, betul cakap si pengirim bunga.Bila masanya tiba. Pasti jodoh akan sampai. Aku harap hari tu akan tiba. Papa pun siap tanya, kalau aku ada calon ke tak. Kalau tak, papa nak carikan.Malu aku kalau perempuan cari laki?Ish, tak hingin aku.Aku serahkan pada yang Maha Kuasa.

Boeing 707 tengah panaskan enjin sebelum berlepas. Boarding pass untuk passenger dah announced. Tinggal beberapa minit lagi nak berlepas.Anis tengah beri arahan dekat passenger. Macam biasa, pasang tali pinggang ketat2, laluan kecemasan dekat mana,pakai mask tu macam mana, dan segala macam benda lagi. Wahh, flight ni sungguh memenatkan.

**
Terdengar suara captain tengah beri information.

‘This is Capt. Aakif. We’re gonna landing at Incheon International Airport in half an hour. Seaten your seatbelts, and hope you enjoy your vacation here.Thank you.’

Anis terkedu. Macam pernah dengar suara tu. Tapi dia lupa kat mana.Bila ek?Dekat mana? Suara tu macam dekat je dengan dia. Serapat mana dia dengan vibrato suara pilot yang bersuara tadi? Tak dapat pulak nak catch up nama pilot tu tadi. Ada pulak passenger yang muntah dan sebagai FA menjadi tugas dia untuk membantu.Haishh.Sapa entah punya suara tu?Kawan aku yang mana ek?

Boeing 707 dah selamat landing.Anis masih lagi dalam perut kapal terbang. Tengah kemas apa yang patut. Dan sempat terdengar perbualan dua orang pilot.

“Capt, first time bawa flight ni rasa macam berat sikit dari flight yang sebelum nih.” Anis yakin, yang tengah bercakap tu co-pilot.

“Normal lah tu. Well, enjoy your vacation here. HAHA” Anis terkedu.Dia tahu tu gelak sapa.Tapi dia nakkan kepastian. Mana tau, suara je sama tapi bukan orang yang sama. Alamakk, dah dah! Settlekan kerja kau Anis!

**
Syoknya dapat masuk ke Incheon International Airport. Biasa tengok cerita korea je. Ni, dah boleh menjejak kaki ke bumi mereka! Yeahh.Anis dekat bahagian departure. Tengah mencari kawan-kawan yang seangkatan dengan dia. FA ni, biasa rutin mereka beli chocolate, minuman dan baru ingat nak balik hotel. Biasalah, faedah bekerja sebagai FA ataupun pilot ni boleh bekerja sambil melancong, fulus masuk tiap-tiap bulan pun besar. HAHA.

“Looking for me?” Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang.Anis menoleh. Punyalah terkejut!

“KAU!”

“Mak nenek sopiah! HAHA” Aakif atau lebih dikenali sebagai Capt Aakif dah tunjuk belang depan si Anis.

“ Anak harimau sebelah paya, mintak penampar nak kena naya!” Anis melawan.Memang tak boleh jumpa dengan musuh tradisi. Yang peliknya, memang secara automatic, dia akan berpantun kalau nak berbalas kata dengan si Aakif ni atau should I say Capt Aakif! Benci!

“Tampar arr, aku cabar.”Anis hairan. Eh? He makes a rhyme too? Memang selalunya dia akan buat rhyme ke? Macam tak je aku rasa.

“Balik balik muka kau lagi.Menyampah, sakit hati!”

“Simpan ketuat dekat muka, padan muka! HAHA”

Ish, sabar Anis sabar. “Hah, Capt. Where should we go first? Kawan aku semua dah lari. Kau punya pasal lah ni!”

“Apa pulak aku?Kau yang tengah cari aku.Mana tak kawan kau tinggalkan kau.”

Anis beliak biji mata.Tak dapat dibendung. Si Aakif ni boleh tahu aku cari dia. Aduh! Kantoi!

“Hey lady, you’re pretty.” Aakif ucapkan dekat Anis. Mak ehh, cair cik dengar nahh!

“Apesal?Sewel?”Anis sebenarnya gabra. Apesal si Aakif ni tetibe je cakap macam tu. Siap dengan suara yang boleh menyebabkan hati aku yang macam batu ais ni cair sampai 0 darjah celcius.

“I’m not crazy as you see, but will you marry me?” Aakif berikan sejambak bunga lavender untuk Anis.

“Eh? Eh?” itu je dia mampu cakap. Adakah si Aakif ni pengirim bunga tu?

“Yes, I am your flower boy. The guy with title ANS.”

“Ye ke?Tak percaya.Kasi satu ayat yang ada dalam card yang kau beri.”

“You’re blossoms in my heart, you’re shining in my eyes, I keep holding you in my heart, but you never see me in your eyes. Nak lagi?”

Okay. Sungguh terkejut. Tak tahu nak cakap apa. Anis terus blah dari situ.

**
A week later,
Anis dapat satu surat. Surat tu berbunyi. . .

Dear Anis Nariesha Sofiya (ANS),
               
When you read this letter, you should know that I really wanted you to know that I am your pengirim bunga lavender. Even though peoples keep saying that ‘action speak louder than words’ but I don’t think so. My words maybe saying a lie, but my heart not. My acts means nothing to you, but believe it. Your heart keeps saying my name. You never know it, until you know how to find it. Dig it honey, you will know how much you need me more than money.HAHA!

                Maybe your brain keeps asking the same question,how did I know your favourite flower. It is easy. Still remember masa kita dekat secondary school?Kau pakai perfume lavender, aku pernah rampas perfume kau tuh. Kau pernah bawak laptop kau yang ada background lavender.Kau suka pakai baju warna purple.Tema kau tak pernah lari dari purple and lavender. That’s why I know your favourite flower. Half of it, it just a wild guess.HEHE.

                By the way, I hope you will answer this question. In case aku tak jumpa kau lagi lepas ni. Sekurang-kurangnya kau jawab la soalan ni. Have you ever thinking of me while I’m not around you? Kalau kau tanya aku, tiap-tiap hari aku ingat kau!

Salam s****g,
Aakif Nazmi Sharman (ANS)

Anis mengalirkan air mata.Surat tu memang lah tak sedih.Tapi dia terharu.Kenapa dia cakap ‘In case aku tak jumpa kau lagi’?Dia nak pergi mana?Anis terus bawak kereta dia meluncur ke jalan raya dan terus ke Airport. Pergi dekat pejabat, semata-mata nak cari Captain Aakif Nazmi Sharman! Dia pergi ke semua bahagian, tapi masih tak berjumpa.Sangat sangat kecewa.Dia buta. Yang selama ni dia suka dekat si Aakif. Dia buta, selama ni dia rindu dekat Aakif. Dia bodoh, sebab dia tak paham perasaan sendiri.Aakif.Mana kau?Mana kau pergi?Anis terduduk di dalam simulator.

“Looking for me?” Anis terkejut.Dia memandang ke arah suara. Aakif! Dia hanya mampu jerit dalam hati. Tak terluah nak sebut nama dia. Sebab tak biasa. Selalu main terjah panggil pak cik.

“Hey, why are you crying dear?” Alamakk! Kenapa buah hati aku ni menangis? Aakif dah tak tentu arah tengok si Anis ni menangis.

“Yeap. I’m looking for you.” Anis mengesat air matanya.

“You have found me right?” Aakif rasa gembira.Kalau mati pun dengan senyum kot. Akhirnya! Anis cari aku.

“Yeap.Tawaran hari tu masih bukak tak?”

“Tawaran yang mana?”Aakif tahu soalan Anis, tapi saja buat tak tahu.Hehe.

“Tawaran tu, yang Pak cik,eh Aakif cakap tu. I’m not crazy as you see, but will you marry me? Yang tu hah.”Anis rasa malu nak cakap.Dia dah tertunduk malu.

“Hahaha. Ada ke perempuan cakap dengan lelaki, will you marry me? Dah baca surat yang Aakif beri lah ni?” Anis hanya mampu mengangguk. Tak mampu nak cakap apa. Malu satu hal. Dia tertunduk sebab tersasul nak panggil si Aakif ni Pak cik. Haishh. Time ni jugak nak bermasalah sebut.

“Dahhh.Orang tu dah jadi pemalu.Jawab dulu soalan dalam surat tu Baru Aakif bagitau Anis tawaran tu terbuka atau tak.”

“Urm. Yes. Yes. I’m missing you.” Papa! Tolong Anis! Malu tahap gaban dah ni!

Aakif hanya mampu tersenyum. “Well then, tawaran masih terbuka. Anis Nariesha Sofiya, will you marry me and stay with me until death comes near us?”

“Aakif Nazmi Sharman, I do wanna marry you and stay with you but not until death comes near us!”

“Habis tu?Takkan dah mati nanti tak nak dengan Aakif?”

“Honey, I will stay with you until we’re at Al-Jannah. Insya-Allah.”

2 comments: