Saturday 21 January 2012

Rhyme [1]

“ Anak harimau sebelah paya, mintak penampar nak kena naya!” – Anis Nariesha Sofiya

“Simpan ketuat dekat muka, padan muka! HAHA” – Aakif Nazmi Sharman

SPM candidates 2010 mesti tengah struggling buat revision or pergi tuisyen dekat mana2 pusat tuisyen yang bertakhta di hati. Aku pulak, Anis Nariesha Sofiya tengah pasang angan-angan nak ‘bunuh’ someone. Yeap, ada inverted coma dekat perkataan ‘bunuh’. Aku sangat la teringin nak malukan seorang mamat perasan-belagak-handsome dekat sekolah aku tu TAPI semua usaha aku GAGAL!

Kisahnya bermula dari Form 3, masa aku baru pindah sekolah. As a new student, mesti belambak bebudak dari kelas lain nak kenal dengan aku. Al-maklumlah, aku budak baru, cute lagi tu. Cehh, rasa nak smackdown diri sendiri.

Form 3, 2008.

“Oi budak baru.Meh sini kejap.” Seorang budak pangkat ketua kelas dari kelas mana entah, terjah new student Anis Nariesha Sofiya waktu rehat.

Siapa pulak nih? Tak habis lagi ke sesi suai kenal aku dengan bebudak dekat sekolah ni? Aku memang la pencinta alam sekitar, tapi aku mana cepat nak bergaul dengan manusia sekeliling. Lagi-lagi golongan XY ni. Ada aku keluarkan bunga karate waktu form 1 dulu. Suka-suki dia je panggil aku oi?Anis berjalan ke arah budak pangkat ketua kelas.

“Pak cik, budi bahasa budaya kita.Jangan main terjah nak panggil orang oi oi.”Anis dengan berani bersuara.

“Puii! Jangan ingat kau budak baru nak berlagak la mak nenek! HAHA”

“Mak nenek?Nak aku lenyek?” Anis has make a rhyme tanpa sengaja.

“Ewahh, berpantun pulak la mak nenek kita ni yer? Dasar mak nenek jugak budak baru ni.” Masih lagi budak pangkat ketua kelas tu dengan mulut longkang dia.

“Gila kau ni!” Anis terus berlalu.

*
“Nis, kau tak yah nak heran sangat dengan si Aakif tu.Dia memang nakal sikit.”Humaira menenangkan kawan barunya.

“Aakif? Budak mana ni?”

“Lahh, yang buat bising, cari gaduh dengan kau tuh.”

“Budak tu nama dia Aakif! Sedap punya nama, perangai macam hantu! Benci!”Anis masih dengan riak marah. Ingat balik incident waktu rehat tu, rasa nak bagi penumbuk sebesar kepala je dekat perut dia. Biar budak pangkat ketua kelas si Aakif tu tak berani nak panggil dia mak nenek.

“Kif, apa yang kau nampak dekat that newbie?” Hisham tanya kawan baik dia. Lepas rehat tadi, asyik senyum sensorang je. Nak kata kawan dia gila tak pulak.

“Budak baru tu? Fantastic! HAHA”

“What? Kau biar betul kawan.” Muka Hisyam macam penuh dengan riak hairan bin pelik. Hairan sebab si Aakif ni boleh cakap budak tu fantastic. Pelik sebab Aakif boleh pulak puji newbie yang tak sampai 10 minit baru jumpa.Lagi hairan, sebab si Aakif yang dia kenal agak fobia dengan perempuan cute pakai speck macam Anis. Mana-mana bebudak perempuan yang pakai speck dan orang cakap budak tu cantik,cute dan seangkatan dengannya, mesti Aakif nak buat propaganda anti-that girl. Ni boleh pulak si Aakif ni gelak sakan, siap bagi komen memberansangkan?Luka lama dah terubat ke?

“Betul la ni. Aku waras la ngok. HAHA”

“Kau bukan boleh percaya sangat. Ada kau naya budak tak bersalah tu.”

“HAHA. Eh, apa nama newbie tu? Lupa pulak nak buat sesi suai kenal dengan dia tadi.Sempat ‘sembang kosong’ je tadi.”

“Anis Nariesha Sofiya.”

“Hooo, cantek nama. Unik.Macam nama aku.”

“Banyak la kau macam nama kau.Dia perempuan, kau lelaki.”

“Alahh, otak kau memang lambat nak link semua benda kan? Mana kau tau pape.Dah la, aku gerak dulu. Esok lusa aku nak jalankan plan aku.”

**
“Mak nenek Sopiah, jangan  nak blah!” Aakif menjerit memanggil Anis.Dari Form 3 sampai la dah besaq panjang, dah Form 5 pun masih nak panggil si Anis tu Mak nenek Sopiah. Bebudak yang sebaya dengan mereka, pasti lali dah dengar nama tuh.

Manusia bernama Aakif Nazmi Sharman ni, memang kalau jumpa asyik nak cari nahas dengan aku. Memang nak suruh harimau mengaum! “ ayam goreng ayam percik, apa dia pak cik!”

“Kau, tak bertugas waktu rehat tadi apesal? Melalut ke mana?”

“Aku lewat sikit, bukan tak bertugas langsung.”

“Oi bongok. Kau lewat 5 minit aku boleh accept lagi. Yang kau baru tunjuk muka dekat kantin waktu masa rehat berbaki 5 minit lagi tu apesal?”

Anis bingung. Bodoh betul malaun sorang ni. Takkan aku nak cakap aku diserang PMS kot?Sakit sangat pinggang tadi doh. Kena rehat dekat kelas, mana dapat berdiri. Nak jalan pun tak boleh.Malulah aku, kalau aku cakap aku PMS.“Hati aku umpama hempedu, hukumlah aku kalau perlu.”

Aduh! Suara mak nenek Sopiah ni. Boleh tahan merdu.Jangan terpengaruh, jangan terpengaruh.“ Banyak kau punya hati, banyak kau punya hempedu, esok hari kau pergi jumpa aku!”

“Esok?Dekat mana oi?Sabtu kan esok?”

“A’ah sabtu.Jumpa aku dekat kantin sekolah.Esok kau dapat hukuman kau.”

“Baiklah pak cik.”

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan.Pertemuan antara dua makhluk ganas kat sekolah.Ketua pengawas, Aakif dan penolong ketua pengawas, Anis.

“Hah, pak cik.Apa hukuman aku?”Anis bertanya dengan nada kurang sopan.

“Ewahh, mulut kau. Cakap baik sikit dengan ketua kau ni. Dalam banyak-banyak pengawas, kenapalah pembantu aku ni jugak yang mulut tak sopan. Hish.”

“Kalau dah tak suka, yang undi aku suruh jadi penolong kau apesal?”Anis melawan. Dia terkejut beruk waktu pemilihan, dia jadi penolong ketua pengawas, merangkap penolong si Aakif ni! Mahu tak terkejut, kena jadi kuli si Aakif.Apa yang dia cakap, semua tak boleh bantah. Kena angguk je. Gila kuasa mamat nih.

“Suka hati aku lah kan? Dah, kau nampak longkang kantin tu penuh dengan sampah. Kutip sampah tu.”

“Yelah, yelah.”Anis malas nak membantah. Arah orang macam aku ni orang gaji dia.

“Lagi satu, lantai kantin ni tolong lap sekali.Kasi kilat!”

“What???!!!!!!!!”Mati la aku kena buat sensorang semua.Setakat kutip sampah dalam longkang, tu kecik punya hal. Yang siap kena cuci lantai ni apesal? Kakak kantin yang asyik nak menyumpah orang tu kan ada untuk mencuci lantai? Apesal aku pulak kena?Cis, sengaja nak pedajal aku.

“Apa what what? Buat kerja kau sekarang! Kalau hukuman kau tak settle hari ni, aku up lagi hukuman.” HAHA. Banyak yang Aakif dah plan untuk future punishment special for Anis. Suruh dia sapu dewan, kutip sampah, bersihkan debu, susun pasu bunga, kemaskan bilik kaunseling, cuci peralatan bengkel, dan banyak lagi.Semua hukuman tu dengan satu tujuan.Supaya dia dapat meluangkan masa bersama Anis. Tahun ni je dapat jumpa si Anis tu. Lepas ni semua pecah. Tak tau la si Anis ni nak pergi mana.

**
“Anis! Kita dapat straight A’s la wei! Congrats untuk kau dan aku!”Humaira dengan muka macam kena sinaran matahari, penuh berseri-seri dan bercahaya.Wahh, bahasa aku.Bunga-bunga indah macam nak lempang diri sendiri buat ayat macam tuh.

“Hehe. We deserve this. We have done our best sis.” Dalam tak sedar, dia buat satu pantun bahasa omputeh.

“Anis, aku tak pernah tegur kau pasal benda ni. Kau tau tak, yang kau suka buat rhyme WITHOUT u notice it?” Humaira tiba-tiba nak buka cerita lain. Mentang2 dah straight A’s, takde benda nye nak buat nangis menyesal.

“Eh ye ke? Ye la kot, kalau kau dah cakap macam tu. HAHA” Dalam tak sedar, Hisham muncul dari belakang.

“Humaira, awak dapat berapa?”Hisham dah mula dengan pertanyaan pertama. Anis buat tak endah dengan pasangan merpati dua sejoli ni. Nak kahwin pun dahh.Awal bebeno.Mak bapak dorang yang buat keputusan.Harap jodoh mereka panjang sampai bercucu cicit.

Tengah-tengah manusia yang banyak tu, Anis tengah cari someone.Aakif.Mana ketua pengawas berdedikasi-berlagak-perasan-tak sedar diri-gila kuasa tuh? Nak tanya Hisham? Malu pulak aku. Karang dia tanya aku macam-macam. Si Humaira pulak akan buat spekulasi sendiri. Tak hingin aku kena gula pasangan merpati tu. Baik aku diam je. Lantaklah dengan si Aakif tu. Kalau dia ada ke tak, bukan hal aku! Sepatutnya, aku gembira sebab aku dah bebas dari segala hukuman si Aakif yang penuh hasad dengki dekat aku. Hehe.

No comments:

Post a Comment