Friday 25 May 2012

Ara & Lutfie CHAPTER 6

Hari ni papa akan jemput semua anak-anaknya pulang dari kolej. Jim, Ismi dan Acid. Termasuk Ara. Jadi mereka semua duduk dan perlu tunggu dekat bus-stop.

Ara yang habis kelas awal menapak ke bus-stop. Dari jauh dah dia nampak Ismi duduk sorang-sorang. Minah ni, habis kelas awal jugak ke? Ai, malas betol aku nak duduk dengan dia ni…

Ara melintas di hadapan Ismi. Duduk jauh-jauh walaupun angah ni bukan macam along yang dulu suka cari gaduh tu.

“baru habis kelas?” tanya Ismi.

Eh? Ara pandang ke arah Ismi. “dah kau nampak aku dekat sini. Memang la baru habis kelas.” Crap, soalan bangang.

Ismi mencebik. “aku tanya elok-elok tu jawab la elok-elok jugak.”

“habis, tadi tu tak cukup elok jugak ke?”

“tak cukup elok lagi.”

“dah kau tanya soalan bengap macam tu? Memang la jawapan dia tak cukup elok.” Ara masih tak mahu kalah. Dia duduk agak jauh dari Ismi.

“soalan bengap untuk orang yang kurang ajar macam kau ni ha.”

“weh, kau ni kenapa hah? Tetiba nak carik pasal dengan aku. Kau ingat aku tak berani seligi muka kau dekat simen tu?”

Ismi diam. Ara tersengih. Cari pasal dengan aku, memang macam tu la ending dia.

Ara cucuk earplug dekat telinga. Volume dipasang sampai maximum. Lamanya along dengan achik nak habis kelas.Kalau aku tau, baik lepak dekat café.

Ara khusyuk dengan music yang berdentum dekat telinga kiri kanannya sampai tak sedar yang ada orang tengah kacau Ismi. Bila Ismi tiba-tiba duduk dekat sebelah dia, baru dia perasan. Tu pun ambil masa yang lama untuk dia enterpreting data. Apahal angah ni?

Bila dia toleh, rupa-rupanya ada tiga ekor mangkuk ayun tengah dok tersengih pandang Ismi. Kemudian Ara pandang Ismi balik. Earplug dicabut. “kau apasal? Diaorang kutip hutang dekat kau ke?”

“diaorang kacau aku la.”

Ara tersengih kejam. “angah. Nak tengok macam mana aku seligi muka orang dekat simen tak?”

Ismi buat muka pelik. “hah?”

“nak tengok tak?”

Ara menapak ke arah tiga orang lelaki itu. “mana satu yang kacau dia tadi?”

Ketiga-tiga lelaki itu ketawa. Seorang dari mereka berkata sambil letak tangannya atas kepala Ara, “kalau aku yang kacau dia, kau nak buat apa wahai kanak-kanak kontot?”

Ketiga-tiga mereka ketawa lagi. Ara sengih kejam. Dia pandang Ismi sambil mengangguk. Kemudian dia pandang lelaki yang masih meletakkan tangan di atas kepalanya. Tangan lelaki itu dipegang.

“takda la.” kemudian Ara mencengkam pergelangan lelaki itu dan dengan pantas dia melipat tanggan lelaki itu ke belakang. “aku cuma nak tunjuk dekat dia macam mana aku seligi muka orang dekat simen.”

Lelaki itu meraung kesakitan bila tangan kanannya dilipat kebelakang. Ara pandang muka kedua-dua rakan lelaki itu.

“watch and learn, abang-abang tinggi sekalian.” Ara sengih lagi.

Kemudian dia menendang belakang lelaki itu sehingga menyebabkan muka lelaki itu tersembam ke lantai bus-stop. Ara meletakkan kakinya di atas belakang badan lelaki itu.

“angah.” Panggil Ara. “watch this.”

Ara duduk di atas lelaki itu. Dia menarik rambut lelaki itu.

“weh, tolong la.” lelaki itu merayu.

Ara pandang ke arah kedua-dua kawan lelaki itu. “nak tolong atok ni ke, bro?”

Kedua-dua lelaki itu menggeleng.

“good bro.”

Ara mendekatkan wajahnya ke telinga lelaki itu. “bro, kawan kau tu tak nak tolong la. Diaorang nak tengok macam mana aku, budak kontot ni, seligi muka kau dekat simen ni.”

Kemudian Ara menghempaskan muka lelaki itu ke lantai. Ara berdiri lalu menarik kaki lelaki itu dan diheret sehingga hujung bus-stop. Berat gila paus ni. Argghhhhh! Bila dah sampai hujung bas-stop, lelaki itu dibiar terbaring kesakitan. Ara masih tak puas hati. Dia sepak abdomen lelaki yang lunyai dikerjakannya itu.

Bila dah puas, Ara menuju ke tempat duduknya. Sempat dia bercakap dengan dua orang lelaki yang masih tercegat memerhatikannya, “nak cuba rasa sakit kena seligi ke, abang tinggi?”

Terus kedua-dua lelaki itu cepat-cepat berlari ke arah kawan mereka yang dah nazak.

Ara ketawa. Yeah, I won again. Pakcik-pakcik kat kolej ni sebijik macam sayur kangkung. Memang la, Ara. Dah kau tak bagi diaorang chance bantai kau. Arhhh! Pedulik hapa aku.

“tu ke seligi?” Ismi bertanya.

Ara jongket bahu. “bunyi kau tak puas hati kenapa? Kau mengidam nak rasa kena seligi tu?”

Ismi geleng perlahan. “thanks eh.”

Ara angkat kening. “hemm.”

Tak lama kemudian, Acid dan Jim sampai dalam keadaan termengah-mengah. Ara kerut dahi. “apahal achik dengan along buat marathon?”

“tell me, adik. Adik yang bantai mat tu tadi?” Acid bersuara. Nafasnya turun naik.

Ara angguk sambil sengih. “ha ah. Adik heret dia sampai hujung sana.”

“takyah proud with this la adik. Apahal adik buat macam tu?”

“papa dah sampai.” Ara tunjuk kereta papa. Yes, papa you’re my superman with his wing at the back.

“adik ni…” Acid buat muka tak puas hati.

“adik…” Ara panggung kepala bila dia dengar ada orang panggil. Pen di tangan diletak atas meja. What the crap angah tegur aku dekat kolej?

“kau nak apa?”

“ada orang mintak kena seligi kau.”

“siapa?” Ara sengih.

“mate aku.”

“apa dia buat?”

Ismi duduk sebelah Ara. Kemudian, dia bisik, “he just hug me!”

“what? Jadi kau suka la?”

“bukan la. Kau tolong la aku seligi dia.”

“ok.” Ara kemas barang.

Ismi sengih. “thanks wei.”

Jadi, sejak itu Ismi dan Ara dah makin rapat. Rapat in wrong way.

No comments:

Post a Comment