Sunday, 27 May 2012

Ara & Lutfie CHAPTER 7

“angah.”

“apa?” Ismi pandang Ara yang tengah ralit tengok tv. Kedua-dua kaki Ara terletak atas meja. Ara… mana pernah beradab.

“Joe (pronounce Jo-Wi) kirim salam.”

“hemmm.” Ismi pandang balik majalah di tangan.

Ara terus bersila atas sofa. Ismi dipandang. “dia cakap, I love you.”

Ismi angkat muka balik. Ara dipandang dengan mata bulat. Kemudian Ismi angguk dan pura-pura baca majalah balik.

“I wonder what’s ‘I love you’ mean?” Ara angkat kening.

Ismi tutup majalah dan diletak atas meja. “bila dia cakap?”

“semalam. Aku tengah lepak dengan Lutfie masa tu.Tetiba dia datang. Sembang-sembang.”

“Lutfie? Budak medic yang digosip dengan kau tu ke?”

“hell what? Manada.”

“hampir satu kolej cakap macam tu.Ngam apa. Kau tomboy bercinta dengan Lutfi pondan tu.” Ismi gelak.

“jangan sampai aku seligi muka kau dekat pasu bunga luar tu.” Ara ugut.

Ismi angkat punggung dan duduk disebelah Ara. Rambut Ara digosok perlahan. “aku gurau la. tu pun nak take serious.”

“ye la.” Ara buat muka. “jangan tukar topic wahai angah yang cantik jelita. Taknak story pasal Joe tu ke?”

“tak nak!”

“ala… janji nak share semua cerita?”

Ismi gelak. “ok. Joe tu colleage. Dia suka dekat aku. Hari-hari dok kacau. Sampai tahap aku nak baling acid dekat muka dia tu. The end.”

“apasal kau tak suka dia?”

“suka hati aku la nak suka sapa pun.”

“oh. Lupa. Kau kan wanita pilihan dekat kolej. Then, forsure la kau dapat pick mana-mana jantan tak guna kan?” Ara sindir.

“mana da. Aku tak suka Joe tu sebab dia tu never stick to a girl in a month. How on earth la aku nak hidup dengan dia? Kalau dah tetiapbulan break then cari yang baru break cari baru lagi.”

Ara diam. Mana la aku tau bab-bab ni. Macam merosakkan fikiran ja.

“kau buat bodo ja la kalau dia nak kirim salam ka apa ka.”

“ok.” Ara angguk kepala.

“good girl. Macamtu la adik aku.” Ismi cubit pipi Ara.

“sakit la.”

Ismi ketawa. “kau dengan Lutfie macam mana? Ala… couple ja la situ.”

Ara mencebik. “ how on earth la aku nak couple ni? Erhhhh.”

“dia macam suka dekat kau ja.”

“kau sibuk apasal?”

“dah kau adik aku mesti la aku sibuk.” Ismi sengih.

“aku adik kau ke? bukan achik eh?”

“ya la. Dua-dua adik aku yang paling aku sayangggggg sangat.” Ismi peluk Ara.

Ara cuma ketawa. Mama, papa. Look, I got new sister.

***

“kalau nak jadi jantan, kau kena delete zombie mask kat muka kau tu.” Ara gelak.

“lepas tu?” Lutfie tanya.

“lepas tu, buy la man’s stuff.”

“such as?”

“nak kena bagi tau ke?”

“ya la. aku mana tau man’s stuff ni.”

“ohh. Come on, Lutfie. Takkan la kau memang perempuan sejati?”

“Ara… seriousla.”

“yeah. I’m deadly serious ni. Takkan kau tak tau sangat-sangat?”

Lutfie garu belakang telinga. “not really.”

“man’s stuff include baju tee-shirt yang memang lelaki punya such Polo, shorts paling koman pun Bermuda, sneakers, beg sandang bukan handbag macam kau ni hah, deodorant, hair gel.” Ara menggosok rambut pendeknya.

“apasal kau pakai man’s stuff?” tanya Lutfie.

“apasal kau pakai girl’s stuff?” Ara balas balik.

“ok. Aku kalah.”

Ara ketawa. “benda lain dari tadi tu aku tak tau. I’m not man at all.”

“kau teman la aku beli man’s stuff ni.”

“kau ajak la Zaki.”

“kau la.” Lutfie merayu.

“apasal pulak?”

“ala… teman la aku beli.”

Ara diam. Berfikir secara logic. Apa kesan yang aku dapat kalau aku teman mat ni? Macam takda kesan buruk ja. Hem hem. “ok.”

Lutfie tepuk tangan. “yeayyyy!”

“lagi satu jangan buat gaya macam tu. Totally sissy.”

“habis nak kena tunjuk penumbuk ke?”

“kau jangan nak sindir aku.”

Lutfie angkat tangan. “ok, mem!”

2 comments:

  1. haha enjoy je baca.. nice.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks :)biasa je ni,kami baru nak belajar merangkak.haha

      Delete