Tuesday 2 April 2013

Perjalanan - BAB 12

“Mesti lah adik terer panjat pokok. Adik orang kampung lah.” Thud dah bercekak pinggang di bawah pokok rambutan milik neneknya itu.

“Eleh. Tipu. Try lah.” Aitch mencebik. Sesekali dia menggaru telinga kirinya. Kebas rasanya bila takda earings dekat telinga.

“Hello. I’ve parkour.” Thud takmau surrender. Setakat pokok rambutan nenek ni… tinggi paras tengkuk zirafah kut. Ah, mengarut lah Thud.

“Alah. Parkour tu building. Ni pokok rambutan ni. Dapat tak?”

“Jangan cabar lah. Parkour pokok sama je asas dia tau.”

“Make me.” Sekali lagi Aitch mencabar. Mereka sampai kampung sejurus lepas waktu orang makan tengah hari tadi.

Thud dah bukak selipar jepun. Tracksuit diangkat paras lutut. Weh, ni Thud pantang dicabar tau. Dia berundur lima langkah ke belakang.

Aitch dah sengih. You trapped, adik.

Kemudian, terus Thud bukak langkah parkour. Dahan yang didakwa kukuh jadi tempat berpaut. Thud memanjat dan duduk situ. “See? I’ve parkour.”

Aitch berundur. Tahu lah, dik. You got parkour. Then, you’ll get something after this. “Oh yeah?”

Thud angkat kening. Apa gaya jijik je senyuman along ni?

“Papa! Adik panjat pokok!” Aitch terus melaung sambil berlari ke tangga rumah.

“What the?” Thud terus turun pokok berhati-hati. Kena tipu mentah-mentah oleh along. Takde kerja agaknya along ni tetiba ada idea nak kenakan dia.

Thud mengejar Aitch yang dah sampai anak tangga. “Alongggggg!”

“Papa! Cepat tengok adik panjat pokok tu.” Aitch dah pecah ketawa tak ingat dunia.

“Mana da!” Thud dah menjerit.

“Along! Adik! Apa kamu berdua dok meraung luar tu?! Tak elok didengar dek jiran.” Suara nenek dah naik.
Terus cucu berdua tu diam.

*

Aitch dan Thud berkerut dahi memandang papa dan atok bersembang dekat beranda rumah. Sembang gaya serius.  Lepas makan tengah hari pukul 2, terus Aitch dan Thud lepak bawah pokok rambutan.

“Guessing time.” Ujar Thud. Aitch sebelah menoleh. Kaki tak jejak lantai tanah diayun perlahan.

“What is it?” Aitch bersandar dekat batang pokok rambutan.

“What are they talking about? Serius gaya macam nak seludup barang je.”

Aitch lepas tawa. “Entah.”

“Nenek mana?”

“Entah jugak.”

“Cari jom.” Thud dah bukak agenda baru.

“Cari celah mana? Ingat kampung ni sekangkang kera ke? Nenek dekat dapur la kot.” Aitch garu kepala.

Thud diam.

“Bosan eh?” Aitch saja menduga.

“Tau pun.”

Aitch mencebik. “Gaya tadi macam excited sangat balik kampung.”

Thud angkat sebelah kening tinggi-tinggi. “Oh tu… sebab now I’m sitting with a person who said kampung is really bored.”

Aitch tolak kepala Thud. Thud dah mengaduh.

“Ok lah. Jom riding.” Aitch dah angkat punggung. Beranda rumah atok dituju. Nak mintak kebenaran bawak motor kapcai atok meronda.

Masa meronda itulah, Thud dan Aitch jumpa banyak orang. Mak Ni yang dulu rebannya ranap lepas kena mercun oleh Aitch, Thud and the geng. Pak Lebai yang rugi sereban ayam kampung. Ibrahim si pemain gitar kapok hujung kampung yang kerjanya mengurat gadis ataupun jadi penunjuk arah. Ilyas, yang dulunya jaguh kampung kalau bab mencuri buah. Izan anak Tok Imam Janggut yang dipuja ramai anak gadis.

Itu kenalan mereka dulu. Semuanya dah berubah. Ibrahim yang juga dulunya sering dicaci oleh orang kampung, kini dipuji. Ibrahim belajar di Singapura. Budak engineering.

Ilyas yang selalu membina kekuatan otot dikejar penduduk kampung sebab mencuri dah berubah. Dia tinggi dan segak sekarang ni.

“Aku budak medic sekarang. Jakarta.” Pendek ulasan Ilyas tentang hidupnya kininya.
Aitch dan Thud cuma menganga.

Izan pulak tersenyum lebar bila dia mengkhabarkan dirinya yang belajar di tanah Mesir.

“Kau dekat Egypt?” Mata Thud dah membulat.
“Yeap.” Izan mengangguk.

Thud dah kagum. Aitch pun. Semua mereka dah berjaya sekarang ni. Walau dulu, mereka lah bebudak yang selalu kena sumpah.  Aitch tersengih lagi.

Dalam perjalanan pulang, sebaris ayat terlakar dalam fikirannya.

“ALLAH tak kan mengubah nasib kita kalau kita sendiri yang tak ubah.”

*

No comments:

Post a Comment